Tuesday, January 11, 2011

Jutawan senyap aka Jutawan songlap

Berita hangat ari ni, sorang pompuan kena penjara 120 tahun (tapi sebab hukuman berjalan serentak, tinggal 7 thn, klu tak silap den la). Ada story kat sini

Baca punya baca, rupanya opis dia kat Rawang (2007). Apasal tak pernah dengar pon? Ni tempat saya bertendang ni. Masa ni saya kerja kat Rawang. Tiap2 malam lepak kat Ali Maju, tak pernah pulak ternampak akak ni (hi hi macam kenal). Rugi pulak tak join, mana lah tau kot2 jadi kaya serta merta. Maklumla, pulangan lumayan hi hi hi. Kalau tak lumayan, tak kan ramai orang join? Lepas tu jadi macam orang-orang kat thread ni  Nauzubillah...

Tapi kira tabik la kat akak ni. Ilmu apa dia pakai ek? Macam mana orang boleh percaya kat dia? Agaknya, bila bukak mulut jer...keluar $$$ kot. Dia collect 100million from 4,000 investors, so kira tiap sorang invest dalam RM25,000 lar - ish ish ish terror tul akak ni promo. Rasanya, dia tak de la PHD ke Master ke..heran heran. Ntah2, dia suku sakat Ayah Pin kot..ater..air basuh kaki Ayah Pin pon orang sanggup minum. Macam mana dia convince orang pon tak tau lah. Personally, saya memang tabik 100% kat manusia macam ni - bukan sebab budaya songsang diorang tapi kepandaiannye menyongsangkan orang lain. Saya selalu terfikir, kalau saya jumpa orang macam ni adakah saya akan 'tergoda' dengan kata2 dia? Setakat ni dapat call adalah.. "Puan nak join usahawan lintah?. Puan invest jer, tak payah jaga lintah, lumayan puan.." Mana dia dapat phone number pun tak tau lah. Nasib baik saya takut lintah, kalau tak, mau join jugak kot :)

Moral of the story - tak de maknanya skim cepat kaya, kalau kaya pon orang yng mula2 join jer..yng kemudian? Kayap.


kalau saya dapat sebiji kedai camni pon dah happy, shiawaseii...


SAYASUKA

No comments:

Post a Comment