Sunday, February 20, 2011

Resepi sempoi

Sebab hari ni Sunday, besanya para suri2rumah akan masak special untuk family diorang. Bagus2.. keep up the good work. Bagi anak2 (besa kita dengar..) masakan yang paling sedappppp ialah masakan mak. Bagi saya pun camtu, masakan mak lah yang paling best! Idin pulak semestinya dia kata masakan umi dia yang paling enak dan dia tak akan makan benda2 yang umi dia tak pernah masak sehingga saya berjaya twist selera dia (tapi tak 100% ler, masih ada makanan yang dia tak makan). Kalau tanya dia, e.g, "apasal tak makan ikan pari?" Jawapan standard, "Umi tak pernah masak". Hek eleh..kot ya pun umi tak pernah masak, apa salahnye cuba rasa2 and tukar selera. Bab ikan pari dah berjaya disettlekan so dia dah pandai makan ikan ni sekarang (dah jadi suka la pulak). Yang lain2 macam paru, perut, gear box (lembu la ni) ikan keli, pedal ayam sampai la ni masih belum berjaya ditwist...(sorry aaa...ini bahasa2 rojak)

So para emak2, berbanggalah bila masak sebab anak2 pasti suka masakan emak..

Apasal tajuk lain cerita lain? Ohhh...kat atas tu intro jer..sebab resepi ni terlalu sempoi jadi intro kena panjang sikit he he he.

Resepi ni paling senang dah boleh dimodify mengikut citarasa. Terhasil semasa saya teringin nak makan maggi berkuah tapi tak de stock (masa tu saya tak kerja, rumah pulak jauh dr kedai, so bayangkan lah betapa daif nyer hehehe) - yang ada hanya maggi goreng 'Sedap'.

Ok let's start now;

maggi goreng 'Sedap' convert ke mee bandung
sebungkus atau 2,3 (ikut suka) maggi goreng 'Sedap', perasa biasa (maggi goreng lain tak pernah cuba lak)
sos tomato, sos cili pun boleh (klu ada dua2 lagi best)
sos tiram
kicap (sikit jer) - manis ke, masin ke, cair ke..ikut selera masing2 atau pun belasah apa yng ada
telur
buah tomato
sayur2an (sawi ke, kobis ke..carrot.. cauliflower ke..apa2 jer la yang sewaktu dengannyer)
sotong, udang, ayam, daging (optional, tak de pun tak per)

Rebus air cam besa (pandai2 la agak yng mana nak masukkan dulu mengikut kadar kecepatan-empuk bahan2 tu, e.g kalau ada daging kena rebus daging dulu lerr). Lepas tu masukkan maggi, sayur2 dan semua perencah2 maggi tu - tambah air mengikut banyaknye bahan2 nak letak. Then masukkan la sos2 yang tersebut kat atas tu mengikut selera tapi elok sos tomato lebih sikit. Kalau tawar, tambah le garam beb.

Last masukkan tomato and telur..tadaaaaa!!! dah siap. Walaupun umi dia tak pernah masak cam ni, tapi Idin bedal gakkk..hohoho




Apasal ada hitam2 tu? Isy2..sayur kan optional, so masa ni ada fungus/cendawan hitam jadi belash jer lah
(saya akan citer pasal fungus ni dalam posting lain plak)

SAYASUKA

No comments:

Post a Comment