Sunday, March 20, 2011

Fungus hitam, cendawan telinga, telinga pokok

Nak story pasal fungus hitam (makanan kegemaran kitorang semenjak dua menjak ni..). Fungus hitam ni juga dipanggil cendawan telinga, telinga pokok atau telinga awan (sebab bentuk dia macam telinga). Tumbuh di atas kayu2 mati dan akan mengembang berganda-ganda bila direndam membentuk seperti tompok2 awan. Tak reti nak explain - senang tengok gambar2 kat bawah nanti.

Fungus hitam ni biasa digunakan dalam masakan2 cina secara tradisi turun temurun sampai la ni. Ia dikatakan mempunyai anticoagulant yang menghalang pembekuan darah dalam saluran darah (bukan la darah tak beku kalau luka..jangan suspen) dan sumber iron/zat besi. Kekurangan iron dalam darah boleh menyebabkan badan cepat letih sebab ia juga bermakna tak cukup oxygen dalam darah. Selain daripada tu fungus hitam ni juga kaya dengan protein, vitamin D, B1 & B2 dan juga dikatakan mengandungi dua kali ganda calcium berbanding dengan susu. Secara tradisional, masyarakat cina makan fungus hitam untuk melancarkan perjalanan darah. Semua benefit tu disebut kat sini

 Walaupun manfaatnya banyak juga tapi cendawan hitam ni kurenggggggggggg sedap atau memang tak sedap lansung hihihihi. Cendawan ni tak ada taste macam cendawan2 lain. Habis tu, apasal saya suka pulak? Ni nak habaq ni.....Biarpun cendawan ni tasteless tapi ia akan absorb rasa apa yang kita masak - kira dia ni pak turut la..kalau campur sup ayam, dia akan rasa sup ayam, kalau campur ikan, rasa ikan dan seterusnya..hatta kalau campur dengan maggi macam kat sini fungus ni pun ikut la rasa maggi tu. Jadi apa nak kisah kalau fungus ni tak sedap? Lagi satu yang paling saya suka ialah kekenyalannya semasa dikunyah (macam 'gearbox' pulak)

Nak beli kat mana? Rasanya, semua pasar2raya ada menjual fungus hitam ni. Kalau kat Tesco, ada yang fresh (tak yah nak rendam2) dan ada yang kering (lebih jimat sebab bila rendam jadi banyak). Pada pengamatan saya ada yang 'telinga nipis' ada yang tebal sikit - saya lebih suka yang nipis sebab lagi syok nak kunyah.



sejemput fungus hitam kering sebelum direndam



ready to go...123 soak!



selang beberapa minit kemudian (dalam 15-20 minit)



tu dia...dah banyak kan



sampai tak muat bekas, ready untuk dimasak




tadaaaa, kali ni fungus hitam + sup ikan dory :) - chop chop saya tak masak semua yang kat atas tu tau..balance yang dah kembang tu simpan la dalam fridge..untuk santapan esok2 pulak

SAYASUKA

No comments:

Post a Comment