Saturday, May 23, 2015

Bebek Kaleyo Bandung

Mmmm terkenang-kenang keenakan Bebek Kaleyo Bandung.. yummy ♥♥♥
Sebenarnya saya bukan la penggemar daging itik sebab bagi saya rasanya agak pelik compared to ayam. Tapi mungkin cara masaknye boleh menambat selera saya dan anda juga. Jadi saya rasa terpanggil untuk sembang pasal juadah istimewa itik/bebek yang terdapat di restoran Bebek Kaleyo. Sebelum ni kalau ke Bandung memang tak pandang la kedai-kedai yang jual bebek ni sebab bagi saya memang tak selera nak mencuba pun hahaha. Tapi rasa pelik juga sebab it looks very common dish here sebab macam selalu jer ternampak banner-banner iklan menu bebek ni kat Bandung. So kali ni sebelum berangkat saya browsed thru nengok-nengok pasal bebek kot-kot le ada yang best, boleh la cuba. Keluar masuk blog terjumpa la blog cewek ni (lupa pulak nama blog sebab dah lama hahahaaha) - entry pasal Bebek Kaleyonyer telah menambahkan itinerary saya untuk santap bebek di Bandung. Pulak tu restoran yang telah ada berbelas cawangan ni baru saja dibuka di Bandung pada awal 2015. Haa apalagi..rasa rugi pulak kalau tak cuba ;D

Verdictnyer?Jeng jeng jeng...memang sangat puas hati dan terkenang2 sampai sekarang. Itik tu tak rasa hanyir pun - crunchy tapi juicy dengan sambal-sambal yang memang menyelerakan. Masa tu saya pilih bebek muda as recommended by the blogger - bersama sambal hijau yang memang pedas (ada beberapa menu lain yang kurang pedas ye) dan sayur tumis daun betik (authentic gitew). Siap tambah nasi lagi hahaha.
Harga memang berbaloi-baloi (jus apulkat kat sini lebih murah daripada apulkat kat Pasar Baru donk). Rasanya memang tak kan miss santap di sini lagi kalau ke Bandung.

Bebek muda sambal hijau
Bebek muda takda sambal :d
Kaunter hidangan - order dan bayar dulu sebelum makan (cash only, unless dah tukar method)
Nice ambience untuk menjamu selera - lampu guna tempurung kelapa jerr tapi cantik sih

So itulah cerita pasal restoran Bebek Kaleyo Bandung. Cari je website bebek kaleyo ni untuk info lebih lanjut hehe. Locationnye betul-betul sebelah factory outlet The Heaven @ Jalan Pasir Kaliki (kalau masuk ke Jln Pasir Kaliki dari Kebun Kawong/train station, selepas simpang yang ada Mc D & shopping complex, terus ke depan lagi sampai nampak flyover - restoran sebelah kiri sebelum flyover tu tau). Kalau naik teksi atau angkot sebut saja The Heaven, diorang tau la)


Sayyasuka :D

No comments:

Post a Comment