Assalamualaikum...
Bagi penggemar barangan kulit memang berbaloi kalau sempat ke Sukaregang di Garut semasa kunjungan anda ke Paris (van Java hehehe) - Bandung la tuh;)
Garut juga dikenali sebagai Swiss of Java, kerana cuacanya yg 'sejuk' dan pemandangan gunung-ganang yang mengasyikkan..(sekarang dah tak sejuk ponn..panas lagi ado dan macet banget - mungkin pepagi dan memalam sejuk la kot..).
Jika travel beramai-ramai elok la pakai supir - kos dalam IDR750k to n fro, sehari suntuk. Ada gak mamat yang offer kitorang IDR600k. Kalau 2 orang jer dan banyak masa, naik je bas atau van/elf(panggilannya kat ID) - kos dalam IDR25k sorang/one way. Journey dalam masa 3 jam..hahahha kematu gak la duduk. Amek bas dari terminal Cicaheum. Nak ke terminal ni leh nek teksi atau nek je angkot. Bas yang kitorang nek tu namanya Janda Gratis (hahhahaha kelakar lak namo ehh). Ini bukan bas expres - sebab bila kitorang turun je dari angkot, dah ada yang usher nek bas kontot ni ke Garut (terminal Guntur). Mungkin kat dalam terminal ada la bas yang pakai tiket - next time pulak kitorang check.
Naik bukit turun bukit akhirnya kami sampai ke terminal Guntur. Masa masuk je pintu gerbang Garut tu memang dah mula macet. Sebab kenderaan banyak n jalan lak kecik. Keta kuda pun banyak. Kesian lak nengok kuda-kuda tu, kembang-kempis hidung depa menyedut asap kemacetan.
Sampai je di terminal Guntur, kena naik angkot number 01 (warna hijau) untuk ke Sukaregang (pusat leather goods). Untuk maklumat, toilet (WC - water closet kot..) charges kat terminal Guntur ni IDR2k - mahal gilosss - getah paip tak de - pakai gayung jerr..- nak tak nak terpaksa guna weii kalau dah terpaksa :D
Tambang angkot ke Sukaregang dalam IDR5 - 6k jerr sorang. On the way pun macet banget sih..- sebab weekend kot..
Tapi journey ke Sukaregang ni kejap jer..macam tak sampai setengah jam pun..Apabila nampak je gerbang Sukaregang dah excited nak nengok best sangat ke barang-barang kulitnyer. Misi kami hari tu nak cari jaket - kot ada yang berkenan hehehe..
Kat lorong gerbang tu memang semua kedai kulit. Memang rambang mata dibuatnyer. Tapi kebanyakannya jual design yang agak sama. So elok la usha semua kedai yg ada hahaha unless dah terjumpa yang berkenan di hati. Orang pandai bargain memang untung ler shopping kat sini. Kitorang ni setakat bargain sikit-sikit jerr..so dapat save seciput. Overall harga kat sini memang berpatutan. Kasut kulit lelaki yang muncung tajam kat depan rata-rata IDR150k je sepasang (tak sampai RM50 youuuu). Max size nyer 43 - kalau nak beso lagi kena lah tempah. Sebab masa suntuk kami tak dapat nak round semua kedai. Lepas dapat jaket yang dihajati kami pon chow - naik angkot ke terminal Guntur dan balik ke Cicaheum, Bandung. Sampai pun dah malam dan keletihan yang amat..tapi sangat puas hati ;)
No comments:
Post a Comment